foodunites

@Kuching Waterfront Sarawak

Kami akan bersama dengan anda di Kuching Watefront Sarawak pada 3-4 Februari 2024 ini. Jom datang beramai-ramai, pelbagai acara akan diadakan.

2K+

Kopi Percuma

10k+

Pengunjung

6+

Makanan Utama

Pelbagai jenis makanan yang kami bawakan untuk anda nikmati bersama

Hi,

Nak tahu ada apa dengan FoodUnites ?

Makanan di Malaysia merupakan satu lambang kepelbagaian yang mencerminkan komposisi pelbagai kaum. Setiap negeri mempunyai makanan tradisi yang menjadi identiti kepada sesuatu kaum dan bangsa.

Program FoodUnites ini merupakan satu inisiatif dalam memastikan makanan warisan yang sentiasa menjadi simbol perpaduan di Malaysia ini diperkenalkan dan sentiasa diangkat terutamanya oleh generasi muda.

komponen utama food unites
Majlis Perasmian FoodUnites Sarawak 2024 akan dirasmikan oleh
YB Menteri Perpaduan,
Datuk Aaron Ago Dagang.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Menteri Perpaduan Negara

Nak tahu lebih lanjut Program FoodUnites ni?

Anda juga boleh rancang waktu kehadiran anda di FoodUnites, kami sediakan jadual program yang akan berlangsung selama dua hari.

Jadual tentatif program hari pertama
Jadual tentatif program hari kedua

OK, nama pun FoodUnites, kita cerita pasal makanan apa yang 'Famous' di Sarawak ini?

Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.

Keunikannya terletak pada rempah khas laksa yang tidak terdapat pada sajian laksa di negeri lain.

FoodUnites Sarawak akan membawakan 12 gerai jualan laksa Sarawak yang mempunyai keunikannya tersendiri.

MAKANAN UTAMA

Terdapat enam makanan tradisi yang akan dibawa di dalam acara FoodUnites. Kesemua makanan ini terdiri daripada makanan tradisi setiap kaum iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan etnik Sabah & Sarawak.

Nasi Lemak

Nasi lemak (Jawi: ‏ناسي لمق‎ ‎) merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di semua bahagian Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi serta utara dan pantai timur Sumatera) dan Brunei.

Char Kuey Teow

Char Kuey Teow ialah resipi masakan Cina yang berasal daripada Asia Tenggara. Char, dalam bahasa Hokkien bermaksud goreng dan bila digabung menjadi Char Kuey Teowia membawa maksud Kuey Teow Goreng.

Nasi Briyani

Beriani dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular di Asia Tenggara, Kolkata, Hyderabad, Malabar, Delhi, Agra, Dhaka, Kashmir, Karachi, Lucknow dan Lahore, yang merupakan pusat masakan beriani. Dari situ, ia dipercayai dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang dari Selatan India.

Latok

Latok merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah dan makanan ini adalah sejenis makanan yang berasaskan daripada rumpai laut. Makanan ini sememangnya begitu popular dan diminati oleh masyarakat dari suku kaum Bajau terutama sekali Bajau Laut di Sabah.

Ayam Pansuh

Tradisi memasak ayam di dalam buluh atau lebih dikenali sebagai ayam pansuh yang diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Orang Asli Kensiu. Antara kelainan yang ada pada ayam "pansuh" adalah ia menghadirkan bau yang sangat wangi pada sesuatu masakan

Kek Lapis

Masyarakat tempatan Sarawak berkata Kek Lapisan Tradisional Sarawak telah dibuat sejak nenek moyang mereka lagi sebagai bekalan apabila mereka berhari-harian memburu di hutan. Tambahan pula, jangka hayat kek lapis ini membuatkan ia boleh disimpan dan boleh dimakan selama beberapa minggu.

Ada pertandingan untuk pengunjung yang hadir tau!

Cabutan bertuah pun ada.
Ikuti laman media sosial foodunites
Jumpa Anda Di Sana

3-4 Februari 2024 di Kuching Waterfront, Sarawak

Daftar Kehadiran Anda

FoodUnites - Penyertaan